1. NEGERI PERLIS
BENDERA NEGERI PERLIS
Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua
warna. Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah
bendera menonjolkan warna biru. Manakala, jalur berwarna kuning adalah warna
tradisional bagi golongan raja-raja serta mengambarkan simbol pemerintahan
beraja iaitu D.Y.M.M. Raja Perlis yang terdapat di Perlis, manakala jalur
berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini
menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat". Ibu negeri
perlis adalah kangar.
JATA
NEGERI PERLIS
Lingkaran padi pada lambang Negeri Perlis memberi maksud
pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu.
Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil
padinya
2. NEGERI
KEDAH
BENDERA NEGERI KEDAH
Bendera
negeri Kedah memaparkan anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai
kuning yang tanda negeri ini beragama Islam, dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang
merah. Merah adalah warna tradisional negeri Kedah yang turun-temurun dan juga
melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam.
Perisai
melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya. Padi
maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Raja (Kerajaan) sentiasa
menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada
kezaliman. Ibu negeri kedah adalah Alor Star.
JATA NEGERI KEDAH
Jambangan yang terdiri daripada
lengkaran biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri – beras.
Anak bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai melambangkan kekuasaan
pemerintah. Perisai pula melambangkan kekuasaan.
3. NEGERI PULAU
PINANG
BENDERA NEGERI PULAU
PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula membawa
maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan
kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. Ibu
negeri pulau pinang adalah Georgetown.
JATA NEGERI PULAU
PINANG
Pohon
Pinang (Areca catechu)
ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambarJambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat
kebel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini
melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat kebel pula menggambarkan
empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan
lain-lain.
Jalur-jalur
biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu warna
yang memberi makna simbol lima prinsip Rukun negara dan lima daerah pentadbiran
yang terdapat di Pulau Pinang.
4. NEGERI PERAK
BENDERA NEGERI PERAK
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna
berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.
·
Warna kuning melambangkan kebesaran
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
·
Warna hitam melambangkan kebesaran
Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
Seperti negeri lain
perak turut mempunyai ibu negeri. Ibu negeri perak adalah Ipoh.
JATA NEGERI PERAK
Lambang Negeri Perak
Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja
Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga Padi
menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
5.
NEGERI SELANGOR
BENDERA NEGERI SELANGOR
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga
kepada negeri ini. Bulan sabit dan bintang pula ialah sebagai lambang agama Islam, agama rasmi negeri Selangor manakala kesucian
Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih. Ibu negeri Selangor adalah Shah
Alam.
JATA NEGERI SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam,
agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan
ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah
Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi
"Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali
bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman
dahulu.
6. NEGERI
SEMBILAN
BENDERA NEGERI SEMBILAN
Warna kuning pada bendera membawa maksud
D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat,
sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang
bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
JATA NEGERI SEMBILAN
Sembilan
tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya
sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri
Sembilan yang lama.
Warna
merah dalam perisai menunjukkan
hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya
Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar.
Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga
menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu
tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai
Putri" tanda kebesaran Yang di-Pertuan Besar.
.
7. NEGERI MELAKA
BENDERA NEGERI MELAKA
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru
mencerminkan warna-warna yang terdapat pada Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah
negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan sabit danbintang pecah lima itu pula ialah tanda agama Islam,
agama negeri dan juga negara. Ibu negeri Melaka adalah Melaka City.
JATA NEGERI MELAKA
Pelbagai
warna (putih, kuning dan biru) yang terdapat pada lambang negeri ini adalah
warna-warna yang terdapat di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah
sebahagian dari Malaysia. Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5 orang pahlawan
Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang
Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang pecah lima yang
terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada Islam sebagai agama
rasmi.
Di
samping itu, terdapat pokok
Melaka, pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk
memperingati riwayat tua bagaimana Melaka diasaskan. Dalam hikayat itu
menceritakan bagaimana Parameswara menyaksikan pergaduhan antara seekor
pelanduk dengan seekor anjing semasa baginda sedang berehat di bawah pokok
melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan rusa yang kecil
itu semasa berlawan dengan seekor anjing. Akhirnya baginda mengambil keputusan
untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya Melaka. Pelanduk
itulah yang telah menyebabkan Raja Melaka mengambil keputusan untuk menetap
dalam negeri ini dan membukanya.
8. NEGERI JOHOR
BENDERA
NEGERI JOHOR
Anak bulan dan bintang yang
berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah
bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua
itu pula maksudnya Kerajaan Negeri dan Rakyat Jelata. Ibu negeri Johor adalah
Johor Bahru.
JATA NEGERI JOHOR
Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di
sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu,
iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan
di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu
mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu
merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah
perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi
negeri ini. Cogan kata negeri ialah " Kepada Allah Berserah".
9. NEGERI PAHANG
BENDERA NEGERI
PAHANG
Hitam adalah warna
kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu
pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih
adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa
makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan
pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai
keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila
serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang
beraja dan berdaulat.Ibu negeri Pahang adalah
Kuantan.
JATA NEGERI PAHANG
Mata cogan berbentuk daun kopi itu
semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran. Tujuan
dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas
merupakan hasil masyhur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya tiada kebal yang
boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas. Gading yang bersilang
di bawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat
dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang
besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya
pemerintah tidak menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan
azimat yang berguna.
10. NEGERI TERENGGANU
NEGERI TERENGGANU
Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M (Duli Yang
Maha Mulia) Sultan Terengganu. Ia
melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi
perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anakbulan dan bintang tanda Agama Islam,
agama negeri. Ibu negeri Terengganu adalah Kuala Terengganu.
JATA NEGERI
TERENGGANU
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmarpula merupakan Alat
Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama
Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan
Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.
11. NEGERI KELANTAN
BENDERA NEGERI
KELANTAN
Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah
membawa maksud kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna
putih pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan. Ibu Negeri
Kelantan adalah Kota Bahru.
JATA NEGERI KELANTAN
Mahkota itu
tanda kedaulatan Sultan
Kelantan. Dua tombak dan
dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu
Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda agama rasmi yakni Islam.
Dua
laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah
sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijangmengingatkan
kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti)
Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada
kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar
binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan
Kelantan"
12. NEGERI SABAH
BENDERA NEGERI SABAH
Bendera negeri Sabah bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas
bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik
bayangan Gunung Kinabalu berwarna
biru tua meliputi suku bahagian bendera ini.
Bahagian hujung bendera yang
berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda,
jalur tengah berwarna putih dan
jalur bawah berwarna merah cili.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih
melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian
dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara
biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang
menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri
Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan
Negeri Sabah. Ibu negeri Sabah adalah kota Kinabalu.
JATA
NEGERI SABAH
Sepasang tangan yang
menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini melambangkan
semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat
pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri Sabah.
Sebarisan lima warna
di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'bahagian' yang
terkandung dalam negeri Sabah.
Warna biru muda
melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan
keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah
melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan
dan semangat kerjasama rakyat.
Lukisan grafik
berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. Di
bahagian bawah jata ini, terdapat cogan kata negeri Sabah, iaitu Sabah Maju
Jaya.
13. NEGERI SARAWAK
BENDERA NEGERI
SARAWAK
Warna merah
melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha
mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan
ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. Warna
kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order),
perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam
melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan
sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang pecah sembilan
yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal
dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan
hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka. Ibu negeri
Sarawak adalah Kuching.
JATA NEGERI SARAWAK
Lambang negeri
menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan
aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi
politik pembangunan.
14. WILAYAH
PERSEKUTUAN
BENDERA WILAYAH
PERSEKUTUAN
Bendera ini berteraskan bendera
kebangsaan yang berjalur putih dan merah,
warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur
ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala
Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan
juga Wilayah Persekutuan.
·
14 jalur merah dan putih (melintang)
menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
·
Bulan sabit dan bintang melambangkan
Agama Islam sebagai agama rasmi.
·
Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah
negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai
Pusat Kerajaan dan Pentadbiran.
·
Warna biru tua di bahagian tengah
melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang
berbilang kaum.
·
Warna merah melambangkan keberanian,
kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan
bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
·
Warna kuning melambangkan kedaulatan
dan kemakmuran Kuala Lumpur.
·
Warna putih melambangkan keluhuran,
kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.
JATA
WILAYAH PERSEKUTUAN
·
Cogan kata Bandaraya
Kuala Lumpur, Maju dan Makmur ada pada jata ini.
·
Bulan Sabit dan
bintang bersudut tiga belas menyatakan kedudukan agama Islam di Malaysia
·
Buku yang dengan kepingan
hijau melambangkan Kuala Lumpur sebagai pusat pendidikan.
SUMBER : WIKIPEDIA
PENULISAN : FARAH GHAZALI
SUMBER : WIKIPEDIA
PENULISAN : FARAH GHAZALI